Profil Syarikat
WWW.NADIPUTRA.COM.MY
PENGENALAN
Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd, (juga dikenali sebagai Nadiputra) didaftarkan pada 20 Mei 1999 yang sebelumnya dikenali sebagai Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB).
PAPSB memulakan operasi bermula pada Mei 2007 sebagai pengendali bas henti-henti di Putrajaya setelah mengambil alih tanggungjawab kontraktor yang dilantik oleh Perbadanan Putrajaya iaitu salah satu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1999 hingga April 2007.
Sesuai dengan misi Perbadanan Putrajaya dalam merancang, mengurus dan membangunkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dengan berkesan dan cekap, nilai-nilai seperti kebersihan persekitaran akan dititikberatkan.
Nadiputra menjalankan perniagaan yang mengkhususkan diri dalam bidang utama yang berbeza dalam perniagaan :
- OPERASI BAS HENTI-HENTI
- TRAVEL & TOURS
- PENGIKLANAN
VISI
Nadiputra sebagai peneraju perkhidmatan pengangkutan dan pelancongan di Wilayah ini menjelang 2025
MISI
Nadiputra berkomitmen dalam menyediakan perkhidmatan yang dipercayai, efisien dan berkualiti dalam pengangkutan awam dan pelancongan untuk memenuhi kepuasan pelanggan